Sunday, November 15, 2009

akhirnya kau datang...bahagia

Bahagia mula menjeguk di sebalik tabir..semakin rapat...semakin dekat...hampir aku dapat merasai...kehadirannya...selamat datang bahagia...akhirnya kau muncul jua..walaupun bertahun aku menunggu...walaupun berkurun resah menunggu..sudi kau menjenguk aku...
Bahagia yang datang sungguh mengasyikkan...bahagia yang datang sungguh mendamaikan..terasa diri di awangan..menikmati bahagia...Tidurku terlalu lena...sungguh terlena..hingga terlupa tentang si derita...tapi dalam lenaku sentiasa bersedia setiap kali tersentuh parut luka..

Bahagia yang datang ini memberiku kekuatan...memberiku ketenangan..memberiku keriangan...akan ku pupuk bahagia ini agar terus di sini...agar kekal di hati..agar terus bersemadi hingga ke hujung nyawa...

Kerana mu bahagia...aku terus melangkah...keranamu bahagia...aku terus menongkah..segalanya ku tepis ..segalanya ku usir pada siapa yang menghalang...kerana aku nekad untuk bertemu dengan mu...bahagia..

dan kini...kau muncul di hadapanku..dan kini kau meresapi dalam tubuhku...aaah..nikmatnya bahagia....nikmatnya tidak terkira...nikmatnya menjalar di seluruh tubuhku... temani aku bahagia...temani aku sampai ke hujung dunia...kerana aku pasti duka pasti kecewa melihat kau bersama aku...dan aku pasti duka pasti mencuba lagi..untuk merebut aku kembali...dan aku berjanji bahagia...hanya kau di hati...dan terima kasih bahagia...kerana kau di sini...

No comments:

Post a Comment