Sunday, November 15, 2009

Selamat Tinggal Derita...

Sampai bila harus kau biarkan hidupmu hanyut dicengkam derita...sedangkan kau sedar ianya membawa derita...sedangkan kau tahu ianya hanya membawa binasa...sedangkan kau tahu peritnya amat terasa..untuk apa kau teruskan hidup sebegini...jika kau tahu ianya hanya membunuh dirimu...sedangkan yang lain hanya bersorak menanti saatnya tiba...Apakah itu yang kau mahu dalam hidupmu...apakah itu yang kau perjuangkan dalam sisa hidupmu...Tak perlu berbicara tentang duka..tak perlu berbicara tentang derita..tak perlu berbicara tentang hiba...kerana ...bukankah itu yang menjadi pilihanmu...Teruskanlah derita itu..teruskanlah luka di hatimu..teruskanlah menyiksa dirimu...kerana mungkin itu memberi kepuasan kepadamu...

Tapi..jika benar kau ingin keluar dari kemelut itu...hentikan tangisan itu..hentikan rintihan itu..kerana ia hanya melemahkan dirimu...dan lakarkan senyumanmu...dan gapai tanganku..agar aku dapat menyambutmu..untuk keluar dari kemelut itu..agar kau dapat tinggalkan dunia yg kotor itu..agar kau dapat membina sebuah kehidupan...kehidupan yang kau inginkan selama ini...

Kau harus kuat..kau harus tabah..kau harus berani..kau harus sabar...itu adalah satu kemestian untuk terus hidup...kerana hidup adalah pilihan..pilihan untuk derita atau bahagia..tiada siapa yang dapat memaksa..jika kau masih menjadi dirimu..jika kau masih berfikir untuk dirimu..

Takut...untuk apa rasa takut jika ianya melemahkanmu...sedangkan kau tidak tahu apa yang menantimu..sedangkan takut itu hanya mainan perasaan yang kau ciptakan...atau sekadar alasan ...Takut itu hanya untuk Pencipta....selagi kita masih berhadapan dengan makhluknya..takut itu tidak perlu ada dalam kamus hidupmu...perlu dibuang..perlu dicampak...perlu dihumban sejauh mungkin...

Dan aku berjanji...akan sentiasa di sisi....untuk menemanimu hingga kau temui kebahagiaanmu..hingga kau temui kehidupan barumu itu....selagi hayatku masih di sini...dan kau....ucapkanlah pada derita...Selamat Tinggal...!




No comments:

Post a Comment