Saturday, November 14, 2009

Sebuah Perjalanan

Perjalanan ini adakalanya memeritkan...adakalanya memenatkan..tapi terpaksa ku teruskan jua...Tidak boleh mengalah..tidak boleh berhenti ..kerana aku masih lagi jauh dari penghujungnya..
Perjalanan ini banyak mengundang rasa...kecewa..hampa..suka..duka..luka...Lelahnya tidak terkira..ada masanya aku kehilangan kudrat...tapi tetap ku usahakan..kerana aku tahu..aku mesti teruskan walaupun bersendirian..walaupun tanpa teman...walaupun tanpa sokongan..walaupun tanpa pertolongan...

Kaki terus melangkah..walaupun lemah..adakalanya aku rebah...tersungkur..kerana perjalanan  ini bukannya mudah...Terlalu banyak halangan...hingga adakalanya aku hilang arah..sesat..buntu...

Sesekali kaki tertusuk duri...sesekali kaki terhambat kerikil..sesekali kaki terguris batu...sesekali kaki terasa pedih...semuanya kerana perjalanan ini...masih jauh lagikah perjalanan ini...?

Aku harus segera sampai ke penghujungnya ....kerana tanggung jawab masih lagi belum terlaksana...perlu segera..kerana masa tidak menunggu kita...

Kaki..cepatlah kau melangkah...pedulikan segala keperitan..pedulikan segala rintihan..pedulikan segala kepedihan...pedulikan segala kepenatan...Dia masih menunggu kita...cepat...dan jangan kau sesekali berani berhenti melangkah...akan ku seret jika terpaksa...akan ku menongkah bila sampai waktunya..kita masih meneruskan perjalanan ini...walaupun dicaci..walaupun dikeji..walaupun terpalit lumpur sekali pun...kerana kita tahu apa yang kita mahukan...perjalanan ini...

Perjalanan ini ... biarpun sukar..akan ku teruskan jua..kerana ianya penawar segala duka...dan penawar ini akan ku kongsikan bersama..dengan insan yang memerlukannya...

No comments:

Post a Comment