
Dan kini...duka itu telah lama berlalu...telah lama meninggalkan aku.. setelah sekian lama aku mengusir...setelah sekian lama menghambatnya pergi..setelah sekian lama aku menghalangnya bertapa di hatiku...kerana aku tahu...aku tidak memerlukan duka dalam hidupku...kerana aku tahu ...aku menyayangi diriku..kerana aku tahu...nilai dalam diri lebih berharga dari dirimu...
Pergilah duka..jangan kau berani kembali ke sini...jangan kau cuba mengintai diri ku lagi...kerana aku tidak memerlukanmu...jauh sekali untuk mengenali dirimu...Telah aku tutup rapat hatiku ini..agar tiada ruang yang tinggal untuk dirimu lagi...secebis ruang pun tiada lagi untuk yang bernama duka....
Kini..yang tinggal hanya kenangan..yang meninggalkan parut luka..kerana aku telah lama merawat luka itu...dan biarpun parut itu tetap kekal di situ.. tapi aku relakan dia di situ sebagai tanda peringatan ...agar duka tidak diizinkan lagi di sini...dan parut itu tidak bisa melemahkan aku..kerana parut itu adalah tanda kekuatan aku ...mengusir kamu...dan tiada tangisan duka lagi dalam hidupku...dan biarlah tangisan yang ada hanyalah tangisan kebahagiaan...tangisan rindu ..tangisan kesyukuran..
Untukmu duka..telah lama aku lenyapkan dalam hidupku...telah lama aku padamkan dalam ingatanku..telah lama pupus dalam duniaku...kerana duka itu ..tidak bisa membahagiakan aku ...tidak bisa membuatkan aku tersenyum...tidak bisa melenakan tidurku...kerana itu ...duka...aku terpaksa sisihkanmu..kerana itu pilihan aku...
Dan kini ..aku bersama dunia yang baru...dunia yang tentunya membahagiakan aku...namun ianya tidak melekakan aku kerana aku tahu...kau pasti cemburu dengan diriku yang baru...dan pastinya kau cuba untuk membinasakan aku..tapi aku yakin...duka yang hadir akan dapat ku tewaskan jua....
duka itu msti nak datang gak...so, kena lawan juga dei.. huhu..
ReplyDeletememang..duka ni memang jeles kat aku...nak kena tibai ni...kuikuikui..ingat aku takut...HoH!
ReplyDelete